We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Movies/TV Series Penyebab Perut Buncit?

Merujuk kepada tajuk diatas, iaitu Movies slash TV Series penyebab perut buncit, saya selaku pembangkang menentang habis-habisan pernyataan yang telah diberikan.

Seperti yang kita sedia maklum kedua-duanya adalah suatu element yang diwujudkan sebagai hiburan yang tujuannya begitu jelas dan nyata untuk menghiburkan kita di waktu lapang.

Ya, kita yang bertindak sebagai penonton yang berada di hadapan skrin, duduk di sofa berjam-jam lamanya, habis sahaja cerita terus sambung cerita lain, kalau TV Series lagilah sehingga wujud perkataan maraton viewing yang merujuk kepada perbuatan menonton empat episod atau lebih untuk cerita yang sama ,sekali gus.

“Manyak Syok ooo!!!” – kata orang cina. 

Berbalik kepada penyebab perut buncit, ianya tidak ada kena-mengena dengan Movies dan TV Series kerana kedua-dua nya bukanlah makanan yang mana makan berlebihan pastinya akan menyebabkan perut buncit.Itulah penyebabnya yang utama.Jangan salahkan element penghibur yang sentiasa menjalankan tanggungjawabnya setiap saat dan ketika iaitu meghiburkan.

Perhh…itulah kata-kata dari diriku sendiri yang sebelah sana yang sifatnya begitu fanatik dengan Movies dan TV Series.

Kebiasaannya apa yang aku buat dan kebanyakan orang di luar sana dan mungkin termasuk kamu adalah makan di hadapan TV. Aku pun tak tahu dari mana datangnya peraturan yang tak official ini tetapi menjadi ikutan orang ramai.

Memang seronok tengok TV sambil makan ni, tak tahulah dimana seronoknya tapi ianya membuatkan aku berkata : Oh it’s perfect…paling best makan jajan seperti kuaci ditambah pula dengan minuman ringan seperti coke, tapi jarang-jaranglah beli coke ni biasanya layan air soya atau Malta je.Makanan ni bukan setakat yang ringan-ringan sahaja, sarapan,makan tengahari,makan malam tidak terkecuali. Akan tetapi bukannya setiap kali makan mesti di hadapan TV, ada waktu juga perlu makan bersama keluarga. Love my family

Memang betul rancangan TV bukan penyebab perut buncit sebab ianya bukan makanan tetapi sewaktu menontonnya mesti terasa nak makan. (Ini adalah pendapat aku sebab itulah yang aku rasa,orang lain mungkin berbeza).

Masa. Berapa banyak masa dihabiskan menonton semua rancangan kegemaran ini? Bagi aku memang terlalu banyaklah .Ambil contoh dari TV Series Friends yang ke udara sehingga 10 musim dimana keseluruhan episodnya mencecah sehingga 238 episod. Drama buatan Malaysia paling banyak berapa episod ye? Aku bukannya nak berlagak sebab tak tengok drama melayu ni tapi jalan ceritanya agak cliche .

“Desperate Housewives, 8 musim, 180 episod, lelaki jenis apa kau ni tengok cerita pasal surirumah” – Boroi

“Nak tengok koleksi Movies/TV Series yang selebihnya boleh ke Pinterest Azrol Boroi atau Instagram Part 1 dan Instagram Part 2

Koleksi ni bersaiz 500 GB dan ketika ini koleksinya dah melebihi 1 TB. Ini tak termasuk WWE Monday Night Raw serta diaorang punya PPV events yang aku padam selepas tengok sebabnya terlalu banyak. Bayangkan lah episodnya dah mencecah angka 1000 dan nampak gayanya macam tak berakhir, dah cerita orang gaduh bilalah nak habis kan.Dah setel dengan mamat tu ada sahaja mamat lain yang tak puas hati, tambah lagi kalau melibatkan pangkat dan darjat tali pinggang kejuaraan.

Dengan begitu banyak masa dihabiskan di hadapan TV sambil makan-makan menyebabkan rasa begitu selesa sekali gus menambahkan kemalasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan atau bersenam.

Malas bergerak, malas bersenam, makan banyak pulak tu, hasilnya bertambahlah lemak-lemak diseluruh badan terutamanya dibahagian perut tu.

Jadi apakah jawapan kepada persoalan Movies/TV Series Penyebab Perut Buncit?

Jawapannya tentulah TIDAK.

TIDAK kalau tengok pada kadar yang normal sahaja dan bukan memasuki level fanatik macam aku ni. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan perut buncit, buktinya begitu kukuh kerana aku sendiri yang mengalaminya….

 

 

P/S : Movies/TV Series memang manyak syok…susah mau lupakan begitu saja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.
*