We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Aku dan Boroi

 

Dulu aku hanyalah aku, menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain.Tanpa ku sedari Boroi datang menumpang aku, katanya :


“Sekejap je datang singgah, kalau tuan rumah selalu bersenam nanti aku pergilah dari sini”.

Masa berlalu pergi aku terlupa kata-kata Boroi dan akhirnya Boroi menjadi permastautin tetap di badanku.Pada mulanya tiada masalah bagiku sehingga datang kata-kata dari masyarakat seperti :

“Amboi…Perut..!!! (bukan setakat kata-kata malah ada yang menepuk si Boroi ni) . Selain itu ada yang bertanya :

“Berapa bulan dah nie…bila due date nyer? (sekali tanya 2 soalan kau…sabar jer lah)”. Selain dari itu juga ada yang ‘sound direct’ :

“Perhh kau ni…badan kecik jer tapi perut boroiiii”. Itu lah antara contoh-contohnya…banyak lagi kata-kata mereka tapi biarlah ianya menjadi satu misteri…biarkan aku menanggung penghinaan ini sesungguhnya terlalu berat untuk aku meluahkan segalanya disini dan aku ,ku layu disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru itulah impian aku..C/O  Dan bila kau menghilang Musnah la, musnah impian tuk menggapai bintang terangi hidup ku..Ku mahu kau tahu engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Berdasarkan fakta-fakta diatas ini menunjukkan yang Boroi lagi terkenal dari Azrol !!!

OMG!!! This can’t be happening!!! Is it fatamorgana? absolutely not! It’s reality now…my reality. Wanting you to go away, but it’s not that simple. (omputih la pulak).

Berat badan dan ukur lilit pinggang semakin meningkat menunjukkan yang kesihatan semakin terjejas.Kenapa perut membuncit? Ini adalah kerana penambahan sel-sel lemak yang berlaku di dalam perutku ini.(termasuklah semua orang).

Setakat ini syukur alhamdulillah kerana kesihatan masih lagi dalam keadaan yang optimum.
Akan tetapi kehadiran lemak-lemak yang berlebihan ini meresahkan dan pastinya akan menggugat tahap kesihatanku ini,

Jadi inilah misiku, mengempiskan perutku yang boroi,bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. (Walaupun aku tahu yang aku sepatutnya mencegah perut dari membuncit tapi apakan daya aku terlupa dan terlena…ala yang lepas tu lepas la kan, bukannya bermaksud untuk lupakan yang lepas tapi belajar dari kesilapan)


Yang Benar,

Azrol


P/S: Maaflah kalau penulisan ini agak dramatik.

P/S/S : “Drama la sangat!!!” – Boroi

Leave a Reply

Your email address will not be published.
*